12 Feb 2013

Ya Allah.. Ya Rahman.. Ya Rahim..
Sesungguhnya Engkau yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Kasihanilah hambaMu ini.. Ya Allah..
HambaMu merayu dan merintih, berikanlah ketentuan yang baik buat kami, ampunilah segala dosa-dosa kami dan kami bertaubat kepadaMu atas segala dosa-dosa kami. 
Sesungguhnya Engkau.. Ya Afuww yang Maha Memaafkan, 
Ya Ghafur yang Maha Pengampun dan.. Ya Tauwab yang Maha Menerima Taubat.

Ya Allah.. Ya Aziz..
Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Perkasa, Ya Qawiyyu.. Engkaulah yang Maha Kuat dan Ya Matin Engkaulah yang Maha Teguh dan Mantap, hanya kekuatanMu sahaja yang mampu kami gunakan untuk melawan kesakitan ini.
Dengan kekuatanMu jugalah, kami mampu melawan musuh yang sedang menyerang kami ini.
Berikanlah kekuatanMu pada kami.. Ya Allah, agar hambaMu yang sedang menderita ini mampu melawan kesakitan.
Sesungguhnya tipu daya syaitan dan manusia itu sangat lemah dan palsu.
KekuatanMu yang Maha Hebat itu sudah tentu tidak tergambar oleh kami dan kami yakin Engkau.. Ya Aziz mampu mengalahkan penyihir yang menyihirkan kami ini.

Ya Allah.. Ya Qahhar..
Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Menundukkan.
HambaMu ini merintih dan merayu agar Kau tundukkanlah kekuatan sihir ini agar ia mampu keluar daripada tubuh hambaMu ini.
Sesungguhnya Ya Malik, semuanya adalah milikMu, Kau mampu melakukan apa sahaja kerana sesungguhnya Engkau Ya Muqtadiru yang Maha Menentukan.

Ya Allah.. Ya Salam..
yang Maha Memberi Kesejahteraan dan Menyembuhkan,
Ya Wahhab yang Maha Pemberi.
Berikanlah hambaMu ini kesihatan, penyembuhan dan kesejahteraan agar aku mampu menyembahMu dan menjalankan tugas khalifah yang Engkau amanahkan kepadaku.

Ya Allah.. Ya Mujib..
Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengabulkan.
Kabulkanlah doa, rayuan dan rintihan hambaMu ini yang sedang menderita.
Sesungguhnya Engkau Ya Rahman.. Ya Rahim..



9/9/2012


Tiada ulasan:

Catat Ulasan