15 Jun 2010

Bila Manusia Berkelakuan Lebih Daripada Haiwan


Sejak kebelakangan ini terdapat banyak kes yang membabitkan remaja buang anak. Akibat gagal mengawal nafsu, mereka mudah termakan pujuk rayu pasangan mereka lalu terjebak dalam perbuatan zina dan berakhir dengan pembuangan anak. Kes seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang dipercayai menanam mayat bayi lelaki berhampiran landasan keretapi dan kes bayi ditanam hidup-hidup ditepi sebatang sungai sudah cukup menyayatkan hati seluruh masyarakat. Menurut seorang Pensyarah Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah di USIM menyatakan bahawa pergaulan bebas, tiada asas agama yang kukuh, sikap ibubapa yang tidak mengambil berat mengenai anak-anak remaja mereka hinggalah kepada meniru budaya hidup masyarakat Barat yang bersekedudukan tanpa ikatan adalah punca menjadi penyumbang kepada perbuatan zina ini.


Selain daripada kes pembuangan bayi, terdapat juga kes penderaan, pencabulan dan pemerdagangan manusia. Bila terlalu kerap terjadinya perkara sedemikian, timbul persoalan di manakah nilai kemanusiaan di masa kini? Adakah manusia lebih hina dan tidak bertamadun daripada haiwan. Kini Pertubuhan Kebajikan dan Pengurusan Anak Yatim (Orphan CARE) telah melancarkan Baby Hatch sebagai tempat perlindungan bayi "tidak dikehendaki" ibubapa yang pertama di Kuala Lumpur. Ada yang mahu "bapa ghaib" ini juga dijatuhkan hukuman yang setimpal dan bukannya kaum hawa sahaja yang selalu dipersalahkan. Memang amat menyedihkan apabila terdapat segelintir makhluk yang sanggup melakukan perkara sedemikian, sedangkan kita sedari bahawa anak adalah fitrah dari Allah yang harus kita pertanggungjawabkan. Bayangkan betapa sedihnya bagi pasangan yang tidak mampu mendapatkan zuriat. Mereka yang tidak pernah henti mendoakan agar dapat memeluk cahaya mata mereka sendiri. Bukankah ada baiknya jika bayi-bayi tersebut diserahkan sahaja kepada saudara sendiri ataupun keluarga angkat daripada mereka berterusan melakukan satu dosa kepada satu dosa yang lain. Berani buat beranilah menanggung risikonya sendiri.

4 ulasan:

  1. nampak sgt rakyat malaysia masih jahil dlm bab2 pencegahan kehamilan... bukan menyokong seks luar nikah... tp inilah hasilnya kalau, jahil.

    pendidikan seks yg menjadi kontroversi terus menjadi kontroversi... bukankah baik pengetahuan itu disalurkan scr formal dari didapati dari rakan taulan yg sama jahilnya.

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialih keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  3. tanggungjawab perlu diterap, bukan diajar... apa yg diajar pun kadang2 tak masuk. hehehe...

    BalasPadam
  4. Hhmmmm.....
    Bila difikirkan kata-kata Zampe..ada juga betulnya t'tapi andai kata nasihat dah pun diberi keburukan2nya dah pun mereka sedia maklum...moral support pun dah diberi t'tapi mereka masih juga tak serik2 mengulangi kesilapan yang sama....bagaimana pula??

    Saya amat berharap agar blog ini dapat sedikit sebanyak dapat membantu mereka meluahkan masalah yang mereka hadapi...
    Walau kita bukannya orang professional t'tapi kita sekurang-kurangnya sanggup meluangkan masa untuk mendengar dan jika sudi juga menasihati remaja2 sebegini...Sokong Zampeada...

    BalasPadam