16 Ogo 2012




puisinya dilakar khusus buatmu
meluahkan rasa kecewa dan pilu
daku membaca lantas membisu
hati pun carik ditusuk sembilu

walaupun hanya sebaris kata

namun jelas lagi nyata
andai kau ingin lari padanya
daku pasrah harus rela

kasih terbahagi jiwa melara
mengapa begitu selalu adanya
ingin bertahan tiada terdaya
kerana diriku bukan siapa

berkeluh kesah tiada sudah
kerana bunga semakin bercambah
ku bimbang kasihmu akan berubah
bagai pepasir kala hujan mencurah

bicaramu indah menusuk qalbu
siapa mendengar tersentuh selalu
begitulah ramai pesona padamu
daku hanya di belakang pintu

ingin berlari mendakap padamu
kala kau sedih juga pilu
namun kakiku tersandung selalu
bila dia datang terus bertamu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan