Jiwa kosong jasad pun kaku
menanti bayangan tiada bertamu
mana ghaibnya kalifahku
ku harapkan datang namun membisu
siangku suram malam pun kelam
jiwa meratap dalam diam
mencari ketenangan kala qiam
kerana dunia semakin kejam
airmata gugur dari pelupuknya
menahan sesak di dalam dada
begitu amarah melangkaui batasnya
lalu terbayang azab neraka
Ya Allah
janganlah Engkau serahkan diriku
kepada diriku sendiri
walaupun sekelip mata
mencari ketenangan kala qiam
kerana dunia semakin kejam
airmata gugur dari pelupuknya
menahan sesak di dalam dada
begitu amarah melangkaui batasnya
lalu terbayang azab neraka
Ya Allah
janganlah Engkau serahkan diriku
kepada diriku sendiri
walaupun sekelip mata
Tiada ulasan:
Catat Ulasan